16 Tahun Kepung Gaza, HAMAS Lapor Kekejaman Rejim Zionis Ke ICC
GAZA, 28 Jun 2023 – Pergerakan pembelaan Palestin, HAMAS telah memfailkan aduan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berkenaan dengan tindakan kejam selama 16 tahun pengepungan oleh rejim haram aparteid Israel.
Laporan tersebut telah difailkan oleh para penggubal undang-undang HAMAS berkenaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang telah dilakukan oleh Tel Aviv terhadap warga Gaza dalam bentuk kepungan secara berterusan.
BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM
BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN
BACA JUGA: Malaysia Menang Lagi Kes Tuntutan Sulu
Perkara tersebut telah dilaporkan oleh saluran berita satelit Al-Mayadeen menerusi laman web mereka pada Selasa lalu.
Laporan tersebut dijadualkan akan dihantar kepada tribunal menerusi seorang peguam warga Perancis, Gilles Duvier.
Huda Naim, Ketua Komiti Hak Asasi Manusia dalam Sidang Perundangan Warga Palestin telah menyatakan bahawa mereka kini sedang berada dalam pertempuran menyeluruh dengan penjenayah, penjajah, penceroboh yang meliputi semua arena dan bidang.
Menurut Huda lagi, perlawanan undang-undang ini adalah salah satu daripada alatan yang sangat penting, kerana pendudukan haram tersebut bergantung kepada kekuatan ketenteraan serta sokongan antarabangsa.
Aduan yang difailkan itu adalah untuk “menjenayahkan pendudukan haram Israel bagi kezaliman yang dahsyat yang dilakukan terhadap warga Palestin, terutamanya jenayah pengepungan, serta pelanggaran undang-undang serta piagam-piagam”.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, disebabkan serangan yang dilakukan oleh pihak Israel, sekitar 2.1 juta warga Palestin telah dikepung di mana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai akses terhadap kawasan lain serta dunia luar.