Tempatan

Vaksin: Ibu Bapa Tidak Mahu Anak Jadi ‘Tikus Makmal’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2022 – Rata-rata ibu bapa menyuarakan kebimbangan untuk menjadikan anak mereka yang berumur 5 hingga 11 tahun ‘tikus makmal’ dalam program vaksinasi PICKids, seperti yang dilaporkan oleh portal Awani.

Menurut portal berita tersebut, komen-komen sedemikian dapat dilihat dalam media sosial terutamanya di ruangan komen laman Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Ibu Muda Dirogol Berkumpulan Diperlakukan Seperti Haiwan Selepas Cinta Ditolak

“Minta anak-anak menteri buat live cucuk vaksin,” tegas seorang pengguna pada hantaran MKN di laman Facebook.

“Ingatkan KJ cakap yang sihat tak payah cucuk,” ujar seorang lagi pengguna.

Kanak-kanak yang divaksin dos pertama akan perlu menunggu selama 8 minggu untuk mendapatkan suntikan dos kedua.

Program PICKids merupakan sebuah usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membendung penularan wabak COVID-19 dengan memberikan dua dos suntikan vaksin mRNA Pfizer kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 5 hingga 12 tahun.

Menurut laman rasmi program PICKids, program tersebut mula beroperasi pada Februari tahun ini, di mana ibu bapa yang mahu mendaftarkan anak mereka boleh berbuat demikian melalui aplikasi MySejahtera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: