AntarabangsaGeo Politik

Komplot Genosid Israel : Kenyataan Media Penuh PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kami, Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam (PEMBELA) yang mewakili lebih 70 Gabungan NGO-NGO Islam dan NGO-NGO yang bersekutu mengutuk sekeras-kerasnya sikap dan tindakan US, UK dan barat, mengeksploitasi keadaan semasa  bersama Israel untuk meneruskan pembersihan etnik (ethnic cleansing) dan jenayah perang (war crimes) di Palestin.

Sekatan elektrik, air dan makanan kepada orang awam dengan niat untuk menghukum secara kolektif (collective punishment) adalah satu jenayah perang (war crime)!

Bukan sahaja Israel patut bertanggungjawab tetapi US, UK dan EU yang mendokong usaha ini.

Kenyataan berat sebelah Presiden EU Ursula Von Leyen baru-baru ini, yang langsung tidak mahu mengiktiraf pencabulan hak asasi manusia oleh Israel terhadap Palestin, adalah sungguh menjelekkan dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh PEMBELA!

Begitu juga kenyataan yang sedemikian rupa oleh Presiden US Biden, Perdana Menteri Rishi Sunak dan ketua-ketua kerajaan negara Barat. Semua kenyataan-kenyataan mereka ini jelas menunjukkan hak asasi manusia hanyalah mainan propaganda barat.

Tindakan-Tindakan negara-negara barat ini jelas mendukung (condone) segala kegiatan pembersihan ethnik (ethnic cleansing) dan apartheid yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin. Mereka jelas menganggap setiap insan Palestin sebagai bukan manusia yang boleh di perlakuan sesuka hati seolah-olah rakyat palestin tidak mempunyai apa-apa hak asasi sebagai manusia. Ini sungguh menjelekkan. PEMBELA mengutuk sekeras-kerasnya pendirian mereka.

PEMBELA menanggap tindakan pemimpin-pemimpin barat  ini sebagai bersekongkol untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai (genocide) mengikut Perkara II THE CONVENTION ON THE PREVENTION AND PUNISHMENT OF THE CRIME OF GENOCIDE (1948).

PEMBELA berasa amat cemas dan gusar rakyat palestin tidak kira kanak-kanak, wanita dan yang tua, di GAZA kini dikepung, disekat keperluan asas hidup air dan makanan dan disekat bantuan kemanusiaan dari luar hanya menunggu di bom dan dibunuh. Hukuman kolektif (Collective punishment) sebegini untuk seluruh penduduk Gaza yang termasuk kanak-kanak adalah sungguh menyalahi dan kejam.

Maka dengan itu, Pembela menuntut :

1. Semua bentuk diskriminasi dan sikap double standard Kuasa-Kuasa Besar Dunia dikecam dan dihentikan.

2. Semua bentuk undang-undang dan triti-triti antarabangsa yang dibuat untuk mengekang tindakan-tindakan kejam seperti ini dilaksanakan secara adil dan tanpa berpihak.

3. Menuntut campurtangan Majlis Keselamatan PBB untuk memastikan Rejim Haram Apartheid Israel tidak berwewenang mengebom, membunuh, menyiksa dan menyekat semua bentuk keperluan asas kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

4. Menggesa Kerajaan untuk mendesak OIC & NAM (Non Allied Movement) untuk mengadakan sidang tergempar dan menggerakkan tekanan-tekanan antarabangsa melalui kekuatan ahli-ahli negara-negara Islam dan mempertimbangkan Kerjasama keselamatan negara-negara Islam.

5. Menuntut supaya semua negara Islam, menggunakan semua bentuk saluran, kekuatan dan keupayaan yang ada untuk memberi tekanan kepada Rejim Haram Apartheid dan sekutu-sekutu mereka.

6. Menuntut supaya semua negara-negara Islam yang sedang di dalam proses menormalisasi hubungan dengan Rejim Haram Apartheid Israel untuk membatalkannya.

7. Menyeru kepada semua NGO-NGO Islam di seluruh dunia untuk mengembleng semua kekuatan yang ada untuk memastikan bantuan kepada penduduk Palestin sampai.

8. Menuntut Speaker Dewan Rakyat untuk memanggil satu sidang tergempar Parlimen bagi merakamkan kutukan keras Malaysia terhadap kekejaman yang sedang dilakukan oleh Rejim Haram Apartheid Israel dan membenarkan segala bentuk saluran bantuan kepada rakyat Palestin dibuka dan disalurkan.

9. Menuntut Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang berterusan tegas mempertahankan hak kemanusiaan rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel dan sekutunya.

10. Menyeru kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang ke atas semua bentuk elemen penggunaan media sosial program, propaganda, pergerakan pro Gerakan Zionis di Malaysia yang menggalakkan dan menyokong kelangsugan pembersihan ethnik dan jenayah perang.

11. Menuntut Kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan ke atas portal media sosial seperti Facebook, Twitter dan tiktok yang menyekat kebebasan bersuara rakyat Malaysia dengan memadam posting dan menutup akaun mereka yang memperjuangkan hak asasi rakyat Palestin dan mendedahkan tindakan pembersihan ethnik dan apartheid kerajaan Israel.

12. Mengesa rakyat Malaysia menggunakan kekuatan ekonomi, media sosial, jaringan dan segala kekuatan yang ada untuk menggerakkan tekanan ke atas Rejim Haram Apartheid Israel.

13. Mengingatkan kepada rakyat Malaysia juga supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan scammers yang menjalankan Modus Operandi kutipan derma mengambil kesempatan di atas penderitaan rakyat Palestin.

14. Menyeru kepada semua masjid-masjid, surau-surau, perguruan pondok untuk mengadakan solat hajat dan Qunut Nazilah memohon bantuan Allah untuk saudara-saudara kita tidak hanya di Palestin dan di seluruh dunia.

15. Menyeru kepada semua warga malaysia untuk menyertai mana-mana demonstrasi yang dianjurkan oleh mana-mana pihak pada hari ini untuk menunjukkan solidariti besar-besaran rakyat malaysia bersama rakyat Palestin.

16. Menyeru semua pihak mendapatkan maklumat selain dari media perdana barat seperti CNN, BBC dan sebagainya yang berat sebelah dan bias dan merujuk kepada sumber yang lebih telus dan adil seperti TRT, Aljazeera dan RT.

17. Mendesak semua pihak untuk memperjuangkan isu ini merentas batasan politik, agama dan kaum dan bersatu bersolidariti bersama Palestin.

18. Menggesa pihak Kerajaan membentuk segera gerak kerja gabungan bersama, pembangkang, NGO-NGO dan aktivis-aktivis untuk menyelaraskan segala perancangan dan tindakan untuk membantu rakyat Palestin dan memberi tekanan kepada Israel dan sekutunya.

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: