Antarabangsa

‘Rejim Aparteid Harus Bayar’, Universiti Technion Digodam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HAIFA, 13 Februari 2023 –  Sekumpulan penggodam telah menyasarkan pelayan komputer di Institut Teknologi Technion, dengan mengatakan bahawa rejim aparteid perlu membayar untuk jenayah dan pembohongan yang telah mereka lakukan, lapor institut terkemuka rejim aparteid Israel itu.

Setakat ini kumpulan penggodam itu menuntut bayaran dalam bentuk bitcoin sebanyak 80 Bitcoin untuk membuka kunci data dan turut mengancam untuk menaikkan sebanyak 30% dari jumlah itu jika mereka tidak menerima bayaran yang diminta dalam masa 48 jam.

BACA JUGA: Cemar Air, SPAN Cadang Naikkan Denda Sehingga RM20 Juta, 20 Tahun Penjara

BACA JUGA: PBB Mengaku Gagal Salur Bantuan Kemanusiaan Kepada Syria

BACA JUGA: Perkhidmatan Awam: Ini Soal Gaji, Bukan Peluang & Perkauman – Wan Ahmad Fayhsal

Technion merupakan pusat pendidikan keselamatan siber yang terkenal di bandar pelabuhan Haifa, mengesahkan bahawa ia telah menjadi mangsa serangan ransomware oleh kumpulan baharu yang menggelar diri mereka sebagai “Darkbit” yang ternyata mempunyai motif ideologi terhadap Israel.

Walaupun berlaku serangan siber, kelas di Technion berlangsung seperti biasa. Walau bagaimapun, pelajar diminta untuk beralih kepada cara lama dengan mencatat nota menggunakan tangan.

Ia juga meminta pelajar, sekurang-kurangnya memutuskan sambungan komputer riba mereka daripada rangkaian institut berkenaan dan mengurangkan aliran trafik emel sehingga diberitahu kelak.

Dalam surat tebusan yang diterima daripada penggodam, mereka telah menulis bahawa semua maklumat Technion telah dipindahkan ke pelayan komputer mereka.

Direktorat Siber Kebangsaan Israel (INCD) berkata, berhubung dengan insiden di Technion, mereka sedang mendapatkan gambaran penuh tentang situasi itu, untuk membantu dan mengkaji akibatnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: