Antarabangsa

ICC Ganda Usaha Siasat Jenayah Perang Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THE HAGUE, 05 DISEMBER 2023 – Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan berikrar untuk meningkatkan usaha bagi menyiasat dakwaan jenayah perang, kata beliau ketika mengakhiri lawatan ke Israel dan Wilayah Palestin.

Karim Khan menegaskan bahawa lawatannya itu tidak bersifat penyiasatan, namun beliau telah dapat bercakap dengan mangsa dari kedua-dua belah konflik itu. Tambahnya lagi, tuduhan jenayah yang disuarakan itu boleh dipercayai dan ia harus menjadi subjek utama dalam pemeriksaan bebas nanti.

ICC adalah satu-satunya mahkamah bebas di dunia yang ditubuhkan untuk menyiasat kesalahan dan jenayah berat, termasuk pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Badan itu telah membuka kertas siasatan ke atas Israel serta Hamas dan kumpulan bersenjata Palestin lain, bagi menyiasat kemungkinan berlaku jenayah perang di wilayah Palestin. Namun, pasukan ICC tidak dapat memasuki Gaza atau menyiasat di wilayah Israel, yang bukan ahli ICC.

Lima negara telah dipanggil pada pertengahan November lalu untuk siasatan ICC terhadap perang Israel-Hamas, dengan Khan berkata pasukannya telah mengumpul sejumlah bukti yang ketara mengenai insiden yang telah berlaku itu.

Pakar undang-undang turut mengatakan bahawa kedua-dua kumpulan iaitu Hamas dan Israel boleh menghadapi tuduhan jenayah perang atas konflik yang berlaku itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: