Antarabangsa

Jabalia, Beit Hanoon Diisytihar Kawasan Bencana

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEMENANJUNG GAZA, 04 Jun 2024 – Pihak berkuasa Palestin mengisytiharkan bandar Jabalia dan Beit Hanoon di utara Semenanjung Gaza sebagai kawasan bencana.

Hal ini berpunca dari kemusnahan yang dibuat oleh tentera Zionis Israel yang menghancurkan sebanyak 50,000 unit kediaman, rangkaian sisa kumbahan dan jalan raya di kawasan itu.

Ketua Jawatankuasa Kecemasan, Naji Sarhan juga menambah, sebanyak 35 perigi dan beberapa buah sekolah dibawah pengurusan agensi PBB Palestin (UNRWA) turut musnah.

Ujarnya, ketika ini, penduduk di utara Gaza tinggal dalam situasi kemanusiaan yang sukar sehingga sebahagian besar penduduk berdepan kekurangan makanan dan bahan api.

Justeru itu, beliau merayu kepada PBB dan organisasi antarabangsa untuk segera campur tangan dan menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: