Antarabangsa

Pegawai, Perwakilan AS Akui Jenayah Perang Israel, Namun Takut Bersuara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 17 November 2023 – Mantan pegawai tinggi Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Josh Paul telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebimbangan tentang polisi-polisi domestik adalah penyebab bagi para pegawai tinggi AS mengambil tindakan mendiamkan diri terhadap jenayah perang Israel.

Josh Paul, mantan pegawai tinggi yang telah meletakkan jawatan pada bulan lalu yang mana tindakannya itu telah menyebabkan kekecohan di Washington kerana protes yang dilakukannya berkenaan dengan polisi AS.

Menerusi sebuah temu bual, beliau menyatakan bahawa sebenarnya ramai pegawai yang terkesan dan terganggu dengan tindakan tentera Israel namun mereka terpaksa untuk tidak mengendahkan undang-undang berkenaan dengan pemindahan senjata yang memerlukan pertimbangan samada senjata-senjata yang disediakan AS itu akan digunakan untuk melanggar undang-undang antarabangsa ataupun tidak. Ujarnya,

“Saya berpendapat bahawa Israel kini melakukan jenayah perang dalam tindakannya di Gaza. Dan ianya bukan pendapat saya seorang. Saya sudah dengar daripada para pegawai kerajaan, termasuklah pegawai-pegawai senior yang dilantik yang turut sependapat namun tidak sanggup untuk meluahkannya kepada umum”.

“Kritikan terhadap Israel sering dilihat sebagai suatu kontroversi yang sulit untuk dibincangkan dalam politik AS, terutamanya di dalam Kongress”.

Pengeboman yang telah dilakukan oleh Israel terhadap wilayah Palestin yang kemudiannya diikuti oleh serangan darat telah meragut nyawa lebih daripada 11,500 orang yang mana kebanyakannya adalah orang awam, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh para pegawai kesihatan Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: