Antarabangsa

Hospital UK Buang Lukisan Anak-Anak Gaza Setelah Bantahan ‘Zionis’?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 27 Februari 2023 – Sebuah hospital di London telah akur dalam tindakan membuang karya-karya yang dihasilkan oleh anak-anak Palestin dari Gaza setelah hospital tersebut menerima aduan daripada UK Lawyers of Israel (UKLFI).

Aduan yang dibuat daripada kumpulan UK Lawyers of Israel tersebut dikatakan dibuat bagi pihak “pesakit yang terkesan”.

BACA JUGA: Gesa Kerajaan Mansuhkan DLP, Kumpulan Dilabel “Ultra-Nasionalis”

BACA JUGA: Muslim Eropah Digesa Boikot Kurma Rejim Haram Israel

BACA JUGA: Luruan Monsun, Hujan Berterusan Dijangka Berlaku Sehingga 1 Mac

Karya-karya yang berbentuk pinggan-pinggan yang dihias dengan lukisan-lukisan tersebut dilaporkan telah dihasilkan oleh para pelajar di dua buah sekolah UNWRA di Gaza.

Hasil karya tersebut telah dipamerkan di sebuah sudut pameran yang dinamakan “Crossing Borders – a Festival of Plates” yang terletak di pintu masuk jabatan pesakit luar. Pada salah satu karya tersebut terdapat penerangan yang tertulis,

“Ranting pokok zaitun adalah simbol keamanan dan ianya telah digunakan untuk menzahirkan impian bagi sebuah negara Palestin yang merdeka”.

UKLFI, pihak yang telah membuat aduan kepada hospital berkenaan berikutan pameran terbabit telah mendakwa bahawa para pelajar di dua buah sekolah itu telah diajar dengan ideologi Hamas yang diterapkan di dalam kurikulum pelajaran mereka.

UKLFI turut mendakwa bahawa pameran yang dibuat di hospital tersebut telah membuatkan beberapa pesakit merasa “terdedah, terguris serta terganggu”.

Setelah aduan tersebut dibuat, seorang jurucakap bagi hospital tersebut telah membuat kenyataan memastikan bahawa karya tersebut telah dikeluarkan daripada pameran itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: