Antarabangsa

Menteri Israel Isytihar WW3 Melawan “Islam Radikal”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 26 Oktober 2023 – Menteri Tenaga Israel, Israel Katz telah mengeluarkan kenyataan bahawa serangan yang dilakukan terhadap Gaza itu adalah sebuah bentuk ‘Perang Dunia Ketiga’ bagi melawan “Islam Radikal”.

Dalam kenyataan yang sama, Katz turut mempertahankan segala tindakan yang dilakukan Israel terhadap Gaza dengan alasan bahawa ianya adalah tindak balas terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan militan Palestin.

Beberapa media menyebutkan bahawa kenyataan Katz itu dikeluarkan sewaktu beliau dalam sesi temu bual bersama sebuah media tabloid Jerman, Bild.

Katz juga menyifatkan tindakan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober itu sebagai sebuah “serangan Nazi” dan turut menyatakan tentang keterlibatan Rusia dalam konflik ini.

Namun beliau tidak menyertakan sebarang bukti yang jelas mengenai kenyataan beliau tentang penglibatan Rusia itu.

Katz sekadar menuduh bahawa Iran yang merupakan sekutu Rusia adalah musuh utama Israel dalam peperangan yang sedang berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: