Tempatan

Pengecualian Subsidi: Penggunaan Diesel di Sabah Sarawak Lebih Meluas – PMX

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PENAMPANG, 04 Jun 2024 – Pengecualian Sabah dan Sarawak daripada penyasaran subsidi diesel disifatkan wajar memandangkan keperluan rakyat di sana yang menggunakan bahan api itu lebih meluas berbanding di Semenanjung.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas, keputusan itu diambil bukan disebabkan permintaan kerajaan negeri.

“Penggunaaan diesel di Sarawak dan Sabah lebih meluas berbanding di Semenanjung. Dasar ini tidak pilih kasih, bukan kerana atas faktor politik di Sabah Sarawak.”

“Penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan ketika ini dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi diberikan kerajaan dalam tempoh setahun.”

“Jadi, selama ini, RM8 bilion kita sedekah atau subsidi kepada orang kaya dan orang asing. Sekarang, bila kita hentikan, kita selamatkan (wang kerajaan),” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan pengapungan harga minyak diesel susulan penyasaran subsidi diesel sebagai salah satu mekanisme untuk membasmi aktiviti ketirisan melibatkan subsidi bahan api berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: