Antarabangsa

Serangan Tentera Zionis: 4 Warga Jenin Maut, Jumlah Tahun 2023 Meningkat 83 Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PALESTIN, 17 Mac 2023 – Serangan terbaharu rejim haram aparteid Israel terhadap warga Palestin telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang warga Palestin termasuklah seorang remaja di bandar Jenin, Tebing Barat.

Menurut pegawai Palestin, serangan yang dilakukan pada hari Khamis itu adalah yang terbaharu sejak tahun lalu di mana rejim Israel telah memperbanyakkan operasi sedemikian.

BACA JUGA: SPRM Siasat Lima Bank Utama Jadi Transit Wang Haram

BACA JUGA: Pengarah & Pelakon ‘Mentega Terbang’ Terima Ugutan Bunuh, Polis Sedang Siasat

BACA JUGA: Ziarah Rumah Ibadat Bukan Islam Bercanggah Dengan Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 – MAIS

Serangan tersebut telah dilakukan oleh tentera rejim haram aparteid Israel yang menyamar, yang mana mereka telah “memecah masuk ke Jenin” sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin telah mengenal pasti tiga orang yang telah maut akibat serangan kejam tersebut. Antara mereka yang dikenal pasti terkorban adalah Youssef Shreem, 29; Nidal Khazim, 28 serta Omar Awadin, 16. Identiti seorang lagi mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Pihak tentera rejim haram aparteid Israel membuat kenyataan mendakwa bahawa pasukan mereka telah melakukan operasi di kawasan “kem pelarian Jenin”.

Jenin adalah salah satu kawasan di selatan Tebing Barat yang mana Israel telah melakukan banyak serangan sejak tahun lalu dalam percubaan untuk menjatuhkan kumpulan pembebasan Palestin yang kini kian berkembang.

Sejak tahun 2022, lebih daripada 170 orang warga Palestin telah terbunuh akibat serangan kejam tentera rejim haram aparteid Israel yang mana ramai daripada mangsa adalah daripada kalangan orang awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: