Tempatan

Malaysia ‘Mangsa’ Khidmat Syarikat Israel Sebar ‘Fake News’ – Kajian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2023 – Malaysia dikatakan menjadi antara negara yang mungkin terjejas oleh khidmat syarikat rejim haram aparteid Israel yang beroperasi untuk mempengaruhi undian pilihan raya seluruh dunia dengan menyebarkan maklumat palsu, dedah sebuah siasatan antarabangsa.

Hal ini dipercayai terjadi kurang daripada tiga bulan selepas PRU-15, mengakibatkan situasi Parlimen yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia, yang berakhir dengan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Laporan itu tidak menunjukkan peranan yang dimainkan namun ia menyebut mengenai skandal 1MDB sewaktu musim PRU sebelumnya pada 2018, apabila syarikat itu dicari untuk menyebarkan maklumat yang salah bagi memburukkan nama.

Organisasi akhbar harian Perancis, Le Monde yang turut terlibat dalam siasatan perkara ini berkata, ‘Team Jorge’ iaitu sebuah kumpulan kontraktor Israel yang menjalankan aktiviti siber jahat seperti kempen menyebarkan maklumat salah untuk memanipulasi keputusan pilihan raya, telah terlibat dengan ‘pelanggan tidak diketahui’ untuk menjalankan kempen salah maklumat terhadap Xavier Justo, jurubank Switzerland yang terlibat dalam pendedahan skandal 1MDB.

Menurut Le Monde, kempen untuk memburukkan nama Justo muncul pada akhir 2020 di saluran YouTube dan laman web, apabila dia diperlihatkan sebagai individu yang tidak boleh dipercayai yang ingin menjana wang.

“Laman web dan saluran YouTube itu kemudiannya diedarkan secara meluas di media sosial, oleh rangkaian avatar Team Jorge, sebagai sebahagian daripada operasi fitnah lebih besar, menggelar Justo sebagai pencuri, penagih dadah, pemeras ugut,” ujar akhbar itu.

BACA JUGA: Kurikulum Malaysia Setaraf Singapura & Jepun – Menteri Pendidikan 

BACA JUGA: LHDN Keluarkan Senarai Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2022

BACA JUGA: Gabungkan Sekolah Aliran Sains-Tahfiz, Atasi Isu Lebih 3 Ribu Sekolah Kurang Murid 

Lanjutan itu, dalam kempen PRU-15 tahun lalu, Anwar dicabar memperkukuhkan bahawa PKR tidak diceroboh oleh anasir rejim haram apatrteid Israel selepas sekumpulan rakyat Malaysia ditahan sekali gus dikatakan menerima upah oleh risikan Israel, Mossad untuk menculik seorang pengaturcara komputer Palestin yang dikehendaki negara haram itu.

Parti itu kemudiannya menjauhkan diri daripada salah seorang penculik, Raibafie Amdan, yang dilihat mengibarkan bendera parti dalam gambar yang dikongsi di media sosial beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, pengkritik Anwar mendesaknya menyatakan pendirian terhadap Israel, yang memetik kenyataan lama beliau menyokong ‘semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel’.

Mengulas lanjut, akbar rejim haram, Haaretz turut berkata bahawa kenaikan Anwar ke jawatan lebih tinggi menandakan lembaran baru buat hubungan Israel dengan Malaysia.

“Israel akan menyukai hubungan lebih erat dengan Kuala Lumpur. Mungkinkah ini peluangnya?” kata Ketua Pengarang, Esther Solomon di laman Twitter beberapa hari selepas Anwar mengangkat sumpah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: