Putera Saudi Khianat, Benarkan Warga Israel Miliki Harta di Kota Suci Mekah, Madinah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RIYADH, 25 Jun 2022 – Media Arab Saudi membongkarkan pengkhianatan terbesar Putera Mahkotanya, Mohammed bin Salman Al Saud (MBS) yang membenarkan warga Israel memiliki hartanah di tanah suci Mekah dan Madinah.
Lapor Saudi Leaks, pada April lalu, media pro-kerajaan Arab Saudi mula bersuara mengenai cadangan keputusan baharu untuk pemilikan harta di tanah Arab Saudi. Cadangan itu turut mengandungi pindaan membenarkan orang bukan Saudi untuk memiliki hartanah dalam sempadan kota Makkah dan Madinah.
Dikatakan bahawa cadangan tersebut dibuat bagi menggalakkan pembangunan, mengurangkan pemindahan warga asing, menyeimbangkan antara bekalan dan permintaan hartanah, merangsang aktiviti pelancongan dan meningkatkan sumbangan sektor hartanah kepada keluaran negeri serta meningkatkan kadar pekerjaan dalam bidang tersebut.
Saudi Leaks memaklumkan, perancangan ini mengingatkan kepada tragedi pendudukan zionis Israel di Palestin di mana ejen pendudukan membeli hartanah daripada pemilik asal kemudian menjualnya kepada pihak berkuasa zionis Israel.
Sebelum ini, seseorang yang bukan Saudi tidak dibenarkan sama sekali (kecuali pewarisan) untuk memperoleh hak pemilikan, kemudahan, atau keuntungan hartanah yang terletak di dalam sempadan Mekah dan Madinah.
Tindakan MBS telah membuka pintu normalisasi dengan zionis Israel sekaligus meningkatkan pengaruh mereka di tanah haram.
Umum mengetahui, sebelum ini, MBS telah bertindak bertentangan dengan Islam seperti menangkap ulama, memerangi upacara Islam dan membenarkan masuk perkara tidak senonoh.
Namun begitu, tindakan paling merbahaya dibuat putera Saudi adalah penerimaan kerajaan Arab Saudi terhadap Israel melalui pelbagai keistimewaan yang ditawarkannya kepada mereka.
MBS telah memberi kebenaran masuk ketua rabai dalam kerajaan Arab Saudi, melabur dengan ahli perniagaan Israel, membuat perjanjian Selat Tiran dan membenarkan pesawat negara haram Israel melalui ruang udara negara itu.
Terdahulu, Putera Mohammed Salman juga pernah menegaskan bahawa Israel adalah bakal sekutu berpotensi bagi negara penjaga dua tanah paling suci umat Islam itu.