Antarabangsa

Nas Daily Dikecam Ramai Selepas Tular ‘Hina’ Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 15 Julai 2022 – Video blogger terkemuka dunia, Nuseri Yassin yang lebih dikenali sebagai Nas Daily telah menerima kecaman ramai pihak apabila sebuah video yang menunjukkannya mengucapkan “Fu*k Israel”, perkataan yang disifatkan orang ramai sebagai mengecam Israel.

Dalam video tersebut, Nuseri Yassin dirakamkan mengungkapkan perkataan tersebut ketika bersalaman dengan beberapa orang di tepi jalan di Times Square.

Apabila menyedari gelagatnya telah dirakamkan, Nuseri Yassin dilihat cuba untuk menarik kembali kenyataannya itu tetapi telah ditolak oleh sang perakam yang menyokong perjuangan Palestin.

@jimmymontanaa @Nas Daily gets exposed!!! @6DOC #foryou #fyp #fypシ #falestin #palestin #falestini #freepalestine #arab #israel #opression #exposed ♬ It’s Corona Time – Lil Cowboy

Walau bagaimanapun, beberapa netizen Israel masih menyuarakan sokongan mereka terhadap Nas Daily. Mereka menganggap penghinaan tersebut adalah sesuatu yang normal bagi seseorang yang mengambil upah daripada kerajaan Israel sebagaimana yang biasa dilakukan oleh mana-mana pekerja di organisasi lainnya.

“Cuma seorang lagi pekerja yang cakap buruk mengenai majikan di belakang. Tiada apa yang unik atau memeranjatkan – aku pernah buat, kamu juga mungkin pernah buat. Jika kamu ada pekerja, kemungkinan besar mereka juga pernah buat benda yang sama.”

Beberapa tahun yang lalu, media antarabangsa Al Jazeera pernah mendakwa Nas Daily sebagai ejen Israel, terlibat dalam program propaganda Israel yang bertujuan membentuk persepsi orang ramai agar bersikap ramah terhadap Israel.

Yang menariknya, Yonatan Belik, ketua jurulatih Nas Academy – akademi yang dimiliki oleh Nas Daily adalah mantan komander program Sar-El yang dimiliki oleh ketenteraan Israel yang berfungsi untuk mengambil sukarelawan-sukarelawan luar bagi menyumbangkan khidmat mereka di kem-kem tentera Israel.

Nas Daily pernah bergaduh besar dengan wartawan Ahmed Eldin di Jerusalem semasa wartawan itu sedang membuat liputan mengenai tindakan tentera Israel menyerang Masjidil Aqsa dan memukul para jemaah di sana.

Wartawan tersebut naik berang apabila Nas Daily dengan angkuhnya mempertahankan tindakan tentera zionis Israel dan juga berulangkali menyalahkan umat Islam Palestin kerana enggan dijajah Israel.

“Dia bertegas bahawa dia seseorang yang mempunyai kredibiliti kerana cukup “memahami kedua-dua belah pihak” dan di sana tidak akan aman “sehinggalah rakyat Palestin terima takdir mereka untuk hidup di bawah penjajahan Israel,” dedah Ahmed Eldin.

Nas Daily dalam salah sebuah videonya juga pernah menempelak tindakan umat Islam yang mahu memboikot Israel kerana menurutnya, mereka sedang menikmati hidup dengan banyak teknologi yang kononnya dimiliki oleh Israel.

“Tetapi kamu kena beri saya USB flash drives kamu, telefon kamu, kenderaan kamu yang selamat untuk dipandu, Viber kamu, Waze kamu atau anti-virus kamu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: