Antarabangsa

Zionis Israel Tangkap Adik Perempuan Pemimpin Syahid Hamas, Saleh Al-Arouri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEBING BARAT, 16 Januari 2024 – Tentera Zionis Israel telah menangkap dua adik perempuan pemimpin syahid Hamas, Saleh Al-Arouri yang dibunuh di Beirut baru-baru ini.

Menurut penyelaras media Persatuan Tahanan Palestin, Amani Farajneh, “Pada malam Sabtu, tentera rejim Zionis menangkap Dalal dan Fatima Al-Arouri, saudara perempuan syahid Saleh Al-Arouri, selepas mereka melakukan pencarian di rumah mereka di Gabenor Ramallah dan bandar Al-Bireh di Tebing Barat tengah.”

Jelas beliau, Dalal telah ditangkap di rumah keluarganya di bandar Arura, barat laut Ramallah, manakala Fatima ditahan di rumahnya yang terletak di kejiranan Al-Shorfa, bandar Al-Bireh.

Terdahulu, timbalan ketua Hamas, Saleh Al-Arouri dibunuh oleh tentera Israel dalam serangan di Beirut pada 2 Januari lalu.

Sementara itu, agensi berita rasmi Palestin Wafa melaporkan, tentera rejim haram turut menahan 15 pekerja dari Semenanjung Gaza yang tinggal di bandar Biddya, barat bandar Salfit di Tebing Barat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: