Antarabangsa

Piala Dunia U-20: Indonesia Berbincang Dengan FIFA Setelah Kehadiran Pasukan Israel Dibantah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 30 MAC 2023 – Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Selasa lalu telah menghantar pemimpin persatuan bola sepak Indonesia untuk berdialog dengan FIFA berkenaan dengan penganjuran Piala Dunia Bawah-20 setelah undian dibatalkan berikutan siri protes mengenai penyertaan negara haram Israel.

Indonesia dan Israel tidak mempunyai sebarang hubungan diplomasi yang formal dan sebab penentangan warga Indonesia terhadap penyertaan Israel adalah berkenaan dengan perbuatan negara haram berkenaan terhadap warga Palestin.

BACA JUGA: Skandal 1MDB: Jho Low Dipenjarakan 10 Tahun, Diarah Pulangkan RM4.4 Bilion

BACA JUGA: Saudi Jemput Sekumpulan Yahudi Masuk Kota Madinah, Tanam Kurma Ajwa

BACA JUGA: Masjid Tawar Hadiah Kepada Kanak-Kanak Lengkap Solat Tarawih

Jokowi mengatakan bahawa beliau telah menghantar pemimpin Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) merangkap menteri bagi perusahaan milik negara, Erick Thohir.

Menurut Jokowi, beliau telah menghantar ketua PSSI Erick Thohir untuk bertemu dengan barisan kepimpinan FIFA bagi mencari solusi terbaik.

Namun beliau tidak menyatakan secara terperinci siapakah barisan kepimpinan FIFA yang akan bertemu dengan Thohir itu.

Perjumpaan di antara kedua pihak tersebut akan berlaku di Qatar sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh pegawai PSSI pada Rabu lalu. Pada awalnya, para pegawai Indonesia menyatakan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan di Zurich.

Pada bulan Mac, ratusan warga Indonesia telah melakukan demonstrasi di Jakarta dalam membantah penyertaan Israel di dalam pertandingan bola sepak tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: