Syarikat Rejim Israel Bakal Promosi Produk Halal Di Malaysia, Indonesia
SINGAPURA, 24 Julai 2023 – Beberapa syarikat teknologi makanan rejim haram aparteid Israel bakal mempromosikan produk halal di pasaran majoriti Islam rantau Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia.
Menurut laporan antarabangsa, walaupun hubungan antara Zionis Israel dan negara-negara tersebut kekal dingin, syarikat makanan Yahudi terbabit tetap merancang untuk mengeluarkan produk yang disahkan halal untuk orang Islam di sana.
BACA JUGA: Polis Siasat Kereta Siti Kasim Dipasang Bom
BACA JUGA: Semakan Kehakiman Swatch Terhadap KDN Ditangguh 23 Ogos
BACA JUGA: 300,000 Pelajar Diunjurkan Tak Mahu Sambung Belajar – Timbalan Menteri
Antara syarikat yang dimaksudkan ialah Steakholder Foods iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan produk daging kultur. Syarikat itu telah membangunkan kaedah bebas penyembelihan untuk menghasilkan daging lembu dan makanan laut sebagai alternatif perindustrian kepada pertanian dan perikanan.
Mor Glotter-Nov, Naib Presiden Pemasaran Steakholder pula berkata, dalam menilai potensi permintaan produk tersebut di negara majoriti Islam, pihaknya menitikberatkan persamaan antara keperluan diet halal Muslim dan Yahudi.
Sementara itu, terdapat risiko politik sekiranya negara haram Israel ingin bertapak di Malaysia dan Indonesia kerana mereka tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan kedua-dua negara berkenaan termasuk Brunei.
Namun begitu, Gary Brenner, Pengarah Pasaran Dan Pembangunan Korporat Aleph Farms menekankan bahawa Israel meletakkan Singapura sebagai landasan pelancaran ke Asia Tenggara dan Asia Pasifik bahkan menilai laluan kawal selia yang diperlukan untuk masuk ke seluruh rantau ini.