Antarabangsa

Israel Bunuh 78 Kanak-kanak Palestin Pada 2021, Dedah NGO

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TEBING BARAT, 23 November 2021 – Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 78 orang kanak-kanak Palestin di Tebing Barat dan Gaza sejak dari Januari 2021, menurut pendedahan sebuah NGO baru-baru ini.

Defense for Children International Palestine (DCI) menyenaraikan satu persatu kisah menyayat hati anak-anak yang dibunuh oleh pihak tentera dan peneroka haram Israel di laman Twitter mereka bagi meningkatkan kesedaran awam di peringkat antarabangsa tentang kekejaman ini.

Menurut DCI, Israel telah membunuh lebih kurang 2,200 orang kanak-kanak sejak tahun 2000, dan tahun ini adalah merupakan tahun yang paling berdarah bagi anak-anak ini sejak tahun 2014.

Tentera Israel berulang kali secara sengaja menggunakan kekerasan yang membawa maut kepada anak-anak Palestin selama ini tanpa menghiraukan perundangan antarabangsa, dan mereka langsung tidak dipertanggungjawabkan atas jenayah ini.

Siasatan dan bukti yang dikumpulkan secara berterusan oleh pihak DCI menunjukkan terdapat penggunaan kekerasan pihak Israel terhadap anak-anak Palestin yang membawa maksud pembunuhan yang disengajakan.

Pihak DCI juga telah mendokumentasikan penahanan 41 orang kanak-kanak Palestin dalam penjara Israel atas perintah kerajaan dari Oktober 2015 sehingga Oktober 2021.

“Israel adalah satu-satunya negara dalam dunia yang menahan dan membicarakan kanak-kanak secara sistematik dalam mahkamah tentera, dengan tidak ada perbicaraan yang adil. Ia menahan dan mendakwa antara 500 sehingga 700 orang kanak-kanak Palestin di mahkamah tentera setiap tahun,” menurut DCI.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button