Tempatan

Rakyat Malaysia Perlu Tolak Perbuatan Merampas Hak Kemanusiaan Israel Atas Palestin – Tun M

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 November 2023 – “Semua rakyat Malaysia perlu tolak perbuatan merampas hak kemanusiaan yang dilaku orang Israel terhadap rakyat Palestin,” kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Tun M dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Dalam kenyataan tersebut, Tun M menyatakan bahawa rakyat Malaysia seolah tidak sependapat mengenai peperangan di Gaza kerana kebanyakannya mempercayai bahawa perang tersebut adalah berpunca daripada perbezaan antara rakyat Palestin dan orang Yahudi di mana ia mungkin punca perang tersebut bermula.

Namun begitu, kata Tun M ketika ini ia sudah seperti pencabulan hak asasi rakyat Gaza.

Katanya, rakyat Gaza juga berhak untuk menikmati hak kemanusiaan seperti manusia lain yang turut mempunyai hak tetapi hak mereka dirampas oleh orang Israel.

“Kita tidak mungkin lupa sekitar 1930an, Yahudi di Jerman dirampas hak kemanusiaannya. Tragedi holocaust menyebabkan 6 juta orang Yahudi dibunuh. Lebih ramai lagi sengsara diseksa dan ditindas.”

“Dunia bersimpati terhadap Yahudi di Jerman. Dan sebahagian dari bantahan terhadap Nazi adalah sifat kebinatangan Nazi Jerman.”

“Jutaan manusia mati untuk mengakhiri kesengsaraan orang Yahudi,” jelas beliau.

Tun M menjelaskan lanjut, saat ini kita sedang menyaksikan orang Yahudi Israel pula melakukan rampasan hak ke atas rakyat Palestin di mana perkara tersebut merupakan tragedi kemanusiaan.

Malah, beliau turut menyelar tindakan orang Israel ke atas rakyat Palestin yang diibaratkan sama seperti yang dilakukan Nazi terhadap orang Yahudi di mana ia tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk menolak perbuatan merampas hak kemanusiaan yang dilakukan orang Israel terhadap rakyat Palestin.

“Adalah salah apabila hanya umat Islam sahaja yang menuntut pengakhiran pembunuhan besar-besaran yang dilaku Israel. Seluruh rakyat Malaysia perlu merasa terganggu dan desak serangan Israel ke atas rakyat Palestin dihentikan,” tegas beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: