Antarabangsa

Israel Jadikan Kubur Ratusan Syuhada Nakbah Tempat Parking Kereta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 27 Januari 2022 – Peristiwa menyayat hati tragedi pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di perkampungan Tantura, sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Barat Laut Pantai Mediterranean Palestin akhirnya terdedah selepas askar-askar Israel yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu membuka mulut mereka.

Malah, lokasi perkuburan yang menempatkan sekurang-kurangnya 200 syuhada Palestin selepas mereka dibunuh juga didedahkan – di bawah lot parkir Pantai Dor, Israel, seperti dilaporkan portal Haaretz.

“Hari ini, di penghujung usia 90an, beberapa orang tentera daripada Unit Alexandroni mengakui bahawa, mereka bertanggungjawab membunuh penduduk di Tantura. Apa yang dapat disimpulkan daripada pengakuan mereka adalah, bilangan yang terbunuh adalah lebih ramai berbanding daripada apa yang didakwa oleh tentera-tentera pada waktu pembunuhan itu berlaku – kononnya seramai 20 orang penduduk,” kata pakar sejarah Israel, Adam Raz yang mewawancara tentera-tentera terlibat.

Testimoni Moshe Diamont, salah seorang tentera daripada Unit Alexandroni menyatakan, selepas “pertempuran” tamat, penduduk kampung ditembak dengan mesingan oleh “individu kejam.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

Seorang lagi tentera, Haim Lavin mengakui, salah seorang daripada mereka meluru ke arah pihak tawanan yang terdiri daripada 15 hingga 20 orang dan membunuh kesemua mereka.

Manakala, menurut Micha Vitkin, yang juga daripada Unit Alexandroni, seorang pegawai yang menjadi Pegawai Kanan di Kementerian Keselamatan membunuh seorang demi seorang Arab dengan pistolnya.

“Dia berbuat demikian selepas mereka enggan mendedahkan lokasi sisa senjata yang tersembunyi di kampung,” kata Vitkin.

Berikutan pendedahan ini, Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggesa pembentukan sebuah suruhanjaya antarabangsa untuk menyiasat pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel di perkampungan Tantura, Palestin pada tahun 1948.

“Jenayah penjajahan tidak berhenti pada tahun 1948, tetapi masih berterusan dengan cara perkauman dan penuh kebencian, yang memerlukan penyiasatan ke atas kesemua jenayah ini dibuka,” kata Kementerian Luar PA.

Puak Yahudi Israel sebelum ini menafikan berlakunya tragedi pembunuhan beramai-ramai penduduk perkampungan Tantura, seminggu sebelum negara haram Israel dibentuk pada tahun 1948.

Mereka mendakwa bahawa tiada sebarang tragedi seperti yang dikatakan berlaku pada tahun yang dipanggil sebagai Hari Nakbah itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: