Antarabangsa

Pope Benedict Sengaja Diamkan Paderi Cabul Budak

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 27 Januari 2022 – Pope Benedict XVI, 94, didakwa sengaja mendiamkan diri dengan pencabulan dilakukan oleh paderi-paderi gereja terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa, lapor peguam, Martin Pusch.

Firmanya mendapati, Pope Benedict XVI sedar dengan penderaan seksual yang berlaku sepanjang beliau menjadi archbishop of Munich sejak dari tahun 1977 hingga 1982, namun perkara ini dinafikan oleh mantan Uskup Agung gereja itu.

“Beliau dimaklumkan dengan fakta-fakta ini. Kami percaya beliau boleh didakwa dengan salah laku dalam empat kes. Dua daripadanya melibatkan penderaan yang dilakukan semasa beliau memegang jawatan. Dalam kedua-dua kes, para pelaku tetap aktif dalam penjagaan pastoral,” kata Martin Pusch.

Keputusan siasatan ini menggembirakan Matthias Katsch, yang pernah menjadi mangsa cabul pemimpin gereja Katolik.

“Penipuan demi penipuan yang dibina demi melindungi Pope Benedict telah hancur berderai. Benedict bersubahat dalam penderaan ke atas ramai mangsa selepas 1980, mangsa Paderi X.”

Akhirnya, baru-baru ini Pope Benedict XVI mengakui bahawa beliau hadir dalam mesyuarat membincangkan mengenai kes paderi pencabul pada tahun 1980.

Sebelum ini beliau pernah menafikan penglibatan beliau dalam mesyuarat tersebut, dan kini menuduh penafian beliau sebelum itu hanyalah sebagai “satu kesilapan suntingan” kenyataan beliau semata-mata.

“Beliau “sangat menyesal” untuk ini dan meminta untuk dimaafkan,” ujar Georg Gänswein, Setiausaha Peribadi kepada mantan Uskup Agung gereja itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: