Antarabangsa

Penulis terkenal boikot Israel, tolak kontrak syarikat Zionis

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

DUBLIN, 15 Oktober 2021 – Seorang penulis Ireland, Sally Rooney berkata, beliau menolak menjual hak-hak terjemahan novel terbaharunya yang berjudul ‘Beautiful World, Where Are You”’ kepada sebuah syarikat penerbitan Israel.

Kempen memboikot Israel berhubung layanan rejim Zionis itu ke atas penduduk Palestin menjadi salah satu punca beliau enggan bersetuju dengan tawaran tersebut.

Sally Rooney berkata, beliau merasakan tidak sesuai untuk menerima kontrak daripada sebuah syarikat penerbitan dari Israel yang didakwanya tidak menjauhkan diri daripada pelaksanaan polisi yang mengasingkan penduduk Palestin.

“Sistem penguasaan kaum dan pengasingan penduduk Palestin telah memenuhi definisi aparteid di bawah undang-undang antarabangsa”.

Selain daripada menyokong hak-hak penduduk Palestin seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sally Rooney turut menyatakan sokongan terhadap sebuah gerakan ‘Boikot, Nyahlabur dan Sekatan’ ke atas mana-mana firma serta institusi yang melaksanakan sistem aparteid dan lain-lain pelanggaran hak asasi manusia.

Gerakan tersebut merupakan model pemboikotan ekonomi dan budaya yang berjaya membantu menamatkan polisi aparteid di Afrika Selatan.

Malangnya, pengkritik kesusasteraan dari Amerika Syarikat (AS), Ruth Franklin menyatakan bahawa tindakan Sally Rooney menghukum Israel dengan standard yang berlainan merupakan bersifat antisemitik.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button