Ukraine Akan Jadi Israel Yang Besar – Presiden Ukraine
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UKRAINE, 07 April 2022 – Volodymyr Zelenskyy, Presiden Ukraine berkata Ukraine merancang untuk menjadi “Israel yang besar” setelah peperangannya dengan Rusia tamat.
“Saya rasa rakyat kami akan menjadi tentera kami yang hebat, kami tidak boleh bercakap tentang ‘Switzerland di masa hadapan’ – mungkin negara kami akan menjadi seperti ini setelah sekian lama, tetapi kami pasti akan menjadi ‘Israel yang besar’ dengan wajahnya yang tersendiri.”
“Kami tidak akan terkejut bahawa kami akan mempunyai wakil Angkatan Tentera atau Pengawal Kebangsaan di semua institusi, pasar raya, pawagam, akan ada orang yang memegang senjata. Saya yakin isu keselamatan akan menjadi nombor satu dalam masa 10 tahun,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada media sejurus sebelum menyampaikan ucapannya kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa lalu.
Zelenskyy menjelaskan bahawa Ukraine secara berterusan menentang tuntutan Rusia untuk Ukraine membubarkan pasukan tenteranya, dan bertegas bahawa negaranya mesti mempunyai tentera untuk mempertahankan rakyatnya daripada pencerobohan Rusia pada masa hadapan.
Beliau turut memberitahu bahawa terdapat beberapa negara yang sudi menyediakan jaminan keselamatan kepada Ukraine dan antaranya adalah Israel, Perancis, Amerika Syarikat, Poland dan Itali.