Antarabangsa

Protes Pro Palestin Adalah Anti Semitik – Duta Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 14 November 2023 – Alexander Ben Zvi, duta Jerusalem Barat ke Moscow telah mengeluarkan kenyataan bahawa siri demonstrasi yang menyokong warga Palestin yang terperangkap di Gaza adalah sebuah “manifestasi anti-Semitisme”.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan pada Isnin lalu sewaktu beliau sedang ditemu bual oleh para wartawan. Ujarnya,

“Demonstrasi-demonstrasi itu bukanlah (bersifat) pro-Muslim..namun adalah secara spesifiknya anti-Israel, anti-Yahudi”.

“Mereka bukan sahaja menentang Israel..ianya adalah sebuah anti-Semitisme jenis baharu”.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh rangkaian berita Rusia, RBK yang mana dimuat naik oleh media The Russian Times.

Duta itu turut menyatakan bahawa slogan ‘From the river to the sea, Palestine will be free’ itu adalah bersifat meruntuhkan “Negara Israel” dan turut mengulas bahawa orang Yahudi akan terus mempertahankan diri mereka dan musuh-musuh Yahudi akan menerima balasan yang dahsyat.

Banyak sesi tunjuk perasaan telah dilakukan dalam skala besar di merata tempat di dunia sejak Israel mula-mula melancarkan operasi ketenteraan mereka terhadap Gaza.

Pada Ahad lalu, segerombolan para penunjuk perasaan pro-Palestin telah berhimpun di hadapan kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan menuduh presiden tersebut menyokong “pembunuhan beramai-ramai” warga Palestin.

Pada hari yang sama juga seramai sekitar 300,000 orang di London telah menyertai perhimpunan bagi memberi sokongan terhadap Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: