Tempatan

Bekalan Dadah Bernilai RM27.4 Juta Dirampas Di Serambi Mekah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KELANTAN, 26 Januari – Bekalan dadah jenis syabu, pil kuda dan ganja yang keseluruhannya bernilai RM27.36 juta telah dirampas pihak berkuasa di Kampung Padang Embun, Pasir Mas, Kelantan pada Jumaat lalu.

Menurut laporan portal Sinar Harian, pihak berkuasa pada mulanya cuba menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang kelihatan mencurigakan, namun kereta tersebut cuba untuk melarikan diri.

Setelah insiden kejar-mengejar dan beberapa das tembakan dilepaskan, kereta jenis Hilux tersebut terhumban dalam sebuah tali air. Pemandu kereta tersebut berjaya meloloskan diri dengan bantuan sebuah kereta lain jenis Volkswagen Golf GTI.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Datuk Hazani Ghazali menyatakan bahawa hasil pemeriksaan ke atas kereta Hilux tersebut menemukan 300 kilogram syabu dengan nilai RM10.8 juta, 1.6 juta pil kuda bernilai RM16 juta dan 200 kilogram ganja bernilai RM500,000.

Pihak polis masih dalam usaha mengesan pemandu kereta jenis Hilux dan Volkswagen Golf terbabit bagi tujuan membantu siasatan. Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berikutan insiden berkenaan diminta menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri Kelantan.

Leave a Reply

Back to top button