Antarabangsa

Hospital Sumbangan Rakyat Indonesia Dijadikan Pangkalan Tentera Rejim Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 24 Disember 2023 – Hospital di utara Gaza hasil sumbangan rakyat Indonesia kini dijadikan pangkalan tentera rejim haram Israel, dedah Dr. Sarbini Murad, pengerusi NGO yang menguruskan pembiayaan hospital itu.

Menurut beliau, bangunan tersebut sudah rosak tetapi masih berdiri walaupun kebanyakan peralatan perubatan telah dimusnahkan oleh tentera haram Israel.

Dr. Sarbini mewakili Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) juga menyeru Tentera Pendudukan Israel (IOF) meninggalkan Hospital Indonesia untuk memulihkan fungsinya sebagai hospital dan pusat kesihatan untuk penduduk di utara.

Beliau turut menegaskan bahawa, “Menjadikan hospital sebagai medan perang adalah melanggar Konvensyen Geneva.”

Terdahulu pada awal November, Israel menuduh pejuang Hamas menggunakan Hospital Indonesia untuk menyembunyikan pusat arahan dan kawalan bawah tanah.

Tuduhan itu dikecam MER-C sebagai percubaan untuk membuat ‘pembohongan awam’ serta ‘prasyarat untuk menyerang Hospital Indonesia di Gaza’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: