Selepas Hubungan 53 Tahun, Akhirnya Singapura Buka Kedutaan Di Israel
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BAITULMUQADDIS, 22 Mac 2022 – Singapura berhasrat untuk membuka kedutaannya di Israel selepas lebih lima dekad menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Zionis berkenaan.
Pengumuman berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Yair Lapid, di Baitulmuqaddis.
BACA: Selepas Arab Saudi, Turki pula ‘bersahabat’ dengan Israel
BACA: Polis Israel Tembak Muka Kanak-Kanak Guna Bom Pegun Ketika Israk Mikraj
Israel Tembak Mati Kanak-Kanak Palestin
BACA: Israel Tembak Penduduk Bantah Korek Kubur
Lapid dalam Twitternya berkata, keputusan tersebut membuktikan hubungan baik dan istimewa antara dua negara itu.
Dalam lawatan itu juga, Balakrishnan turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh serta Menteri Luar dan Menteri Kesihatan Palestin di Ramallah.
Beliau berkata pembukaan pejabat di Tebing Barat bertujuan untuk menyelaraskan bantuan teknikal dan memudahkan pembabitan Singapura dengan pihak berkuasa Palestin.
Terdahulu, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain telah menimbulkan kemarahan penduduk Palestin apabila membuka kedutaan masing-masing di Tel Aviv setelah menandatangani perjanjian normalisasi dengan negara Yahudi itu.