Antarabangsa

Israel Cuma Berkhayal Mampu Pujuk Putin Berhenti Serang Ukraine – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 11 Mac 2022 – Israel tidak mampu untuk menjadi daya rundingan yang mampu menggelincirkan keinginan meluap Presiden Vladimir Putin untuk menguasai wilayah Ukraine, menurut beberapa orang pakar isu Rusia.

Malah, mereka percaya usaha Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet itu hanya membantu lagi matlamat Putin berbanding niat asal Israel.

Uriel Epshtein, Pengarah Eksekutif Renew Democracy Initiative berkata, “Idea bahawa Israel bakal menjadi pasak utama pada keputusan Putin dan mampu membawa penyelesaian di antara Rusia dan Ukraine, atau Rusia dan Barat, adalah cuma khayalan sendiri.”

“Tak ada tempat, tiada untuk Israel membantu hentikan konflik,” tambah Epshtein lagi.

Epshtein mendakwa Putin sedang mempergunakan Bennet bagi mendapat pengiktirafan dunia terhadap dirinya sebagai pemimpin sah sebuah negara, selain dapat melengahkan masa untuk mendapatkan kesempatan menjalankan lebih banyak strategi perang.

“Salah satu daripada matlamat terulung Putin adalah untuk mendapatkan pengiktirafan. Beliau mahu dilihat sebagai seorang yang mempunyai legitimasi. Itu adalah salah satu ketidakyakinan beliau terhadap diri sendiri yang paling utama.”

“Bagaimana beliau boleh dianggap sebagai seseorang yang mempunyai legitimasi? Dengan berkongsi pentas dengan pemimpin-pemimpin dunia yang dipilih secara demokratik dan mempunyai keabsahan secara demokrasi,” menurut beliau yang juga menyifatkan Perdana Menteri Israel sebagai salah seorang pemimpin dunia yang mempunyai legitimasi.

Bennet sudah berulang kali membuat inisiatif komunikasi dengan Presiden Putin sejak Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Zelenskyy meminta tolong daripada Israel untuk membuka saluran dialog diplomasi antara Ukraine dan Rusia.

Usaha aktif Bennet bagi mendamaikan peperangan yang disifatkan sebagai konflik terbesar dunia ketika ini mendapat pujian ramai pegawai atasan Israel walaupun tidak dipersetujui oleh beberapa pakar isu Rusia.

Anna Borshchevskaya dari Washington Institute for Near East Policy berkata, Putin tidak pernah menganggap Ukraine sebagai “sebuah negara yang sebenar” dan tidak akan berhenti menggunakan kuasa ketenteraan bagi mengembalikan Ukraine sebagai wilayah dalam pengaruh Rusia.

“Nampak jelas bahawa Putin benar-benar komited dalam peperangannya di Ukraine. Faktanya, walaupun setelah mengumumkan genjatan senjata, Rusia terus menerus menyerang orang awam… Sukar untuk saya lihat bagaimana berkesannya campur tangan Israel dalam keadaan sekarang,” kata Anna Borshchevskaya.

Michael Oren, mantan Duta Israel ke Amerika Syarikat berkata, tindakan Perdana Menteri negaranya itu berunding dengan Presiden Putin itu juga membawa maksud Israel tidak menyebelahi Ukraine.

“Dengan berunding dengan Putin, Bennet mengesahkan pendirian neutral beliau mengenai Ukraine, pendirian yang tidak disenangi oleh Barat dan semakin mendapat kritikan dari warga Ukraine.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: