Antarabangsa

“RUU Al-Jazeera” Dipersetujui, Liputan Media Asing Disekat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 14 Februari 2024 – Rejim Israel telah bertindak mengambil langkah yang lebih keras dalam usaha menyekat sepenuhnya media Al Jazeera setelah rejim tersebut membuat tuduhan bahawa seorang wartawan yang bekerja di media itu turut bekerja untuk Hamas.

Parlimen rejim Israel telah mengadakan undian dan hasilnya adalah 25 melawan 4 undi dalam bersetuju bagi mempercepatkan rang undang-undang yang akan menghalang sebarang rangkaian media asing daripada membuat liputan buat sementara waktu.

Menerusi undang-undang tersebut, rangkaian media asing akan disaring terlebih dahulu oleh Kementerian pertahanan rejim itu sebelum disahkan merbahaya terhadap keselamatan rejim atau sebaliknya.

Cadangan undang-undang itu dikenali dengan nama ‘Al Jazeera Law’ yang mana ianya dinamakan khusus dalam mensasarkan rangkaian media yang berpusat di Qatar itu.

Tindakan tersebut dipercepatkan sebaik sahaja seorang jurucakap bagi pihak tentera Israel telah membuat tuduhan terhadap seorang wartawan Al Jazeera, Mohamed Washah dengan tuduhan pengganas.

Jurucakap tersebut, Leftenan Kolonel Avichay Adraee telah membuat tuduhan sedemikian menerusi sebuah hantaran di pangkalan media X, dengan menunjukkan gambar yang memaparkan bahawa Washah sedang mengendalikan pelbagai jenis senjata.

Hantaran tersebut turut menyatakan, “Pada pagi hari, beliau adalah wartawan bagi saluran Al Jazeera, dan pada petang hari adalah seorang pengganas dalam Hamas!”

Undang-undang sekatan tersebut telahpun didrafkan pada tahun lalu, sebaik sahaja Benjamin Netanyahu mengisytiharkan perang terhadap Hamas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: