Antarabangsa

Zionis Bom 12 Ribu Tan Bahan Letupan Atas Gaza Umpama Bom Nuklear Hiroshima

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 25 Oktober 2023 – Zionis Israel telah mengebom Semenanjung Gaza dengan lebih 12,000 tan bahan letupan, bersamaan dengan kuasa bom nuklear yang jatuh di Hiroshima 78 tahun lalu.

Ketua pejabat media kerajaan Gaza, Salama Marouf berkata, jumlah syuhada Gaza kini mencecah 5,791 orang termasuk 2,360 kanak-kanak, 1,292 wanita dan 295 warga emas. Mangsa yang cedera pula telah mencecah kira-kira 16,297 orang.

Tambah beliau, lebih 183 ribu unit perumahan telah rosak akibat pencerobohan berterusan manakala lebih 28 ribu unit dirobohkan sepenuhnya dan tidak dapat didiami. Sementara itu, zionis pendudukan juga telah memusnahkan 75 ibu pejabat kerajaan dan puluhan kemudahan awam yang mengakibatkan kerosakan besar kepada mereka.

Menerusi sidang akhbar tersebut, Salama turut mendedahkan sebanyak 177 buah sekolah telah mengalami pelbagai kerosakan, di mana 32 sekolah terputus perkhidmatan dan tidak beroperasi manakala 35 buah masjid dan 3 gereja telah rosak sepenuhnya akibat pengeboman rejim Zionis.

Tegasnya, pendudukan Israel telah menetapkan matlamat pencerobohan Gaza iaitu untuk meningkatkan jumlah korban, dengan menyasarkan perhimpunan awam, pasar, kedai, kedai roti dan pusat perlindungan.

Pegawai itu menggesa keperluan membuka sempadan Rafah secara kekal untuk membawa masuk bekalan dan keperluan kemanusiaan terutamanya minyak, rawatan dan bahan makanan untuk penduduk Gaza yang terkepung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: