Antarabangsa

#StandWithAfreenFatima : Rumah Gadis Aktivis Muslim Dimusnahkan Rejim Pelampau India

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 14 Jun 2022 – Penghinaan dan penindasan ke atas umat Islam di India membangkitkan pelbagai suara bantahan di kalangan warga Muslim di sana. Salah seorang gadis aktivis muda, Afreen Fatima yang vokal membangkitkan protes berkenaan layanan buruk ke atas Muslim India, baru-baru ini dibuli rejim pelampau India dengan meruntuhkan kediaman milik keluarganya. Peristiwa yang berlaku ke atas keluarga aktivis muda ini saling tidak tumpah sepertimana yang pernah dan sedang dilakukan oleh Rejim Haram Apartheid Israel ke atas umat Islam Palestin.

Tanda Pagar #StandWithAfreenFatima berkumandang segenap tetingkap Twitter. Satu perarakan dan demonstrasi aman memperjuangkan nasib yang menimpa Afreen Fatima sedang bergema menyeru warga India yang rasional dan cintakan keamananan untuk turut bersama di dalam protes menentang penindasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam India.

BACA: Pemimpin India Hina Nabi: Jangan Harap India Sertai FIFA World Cup Qatar 2022

BACA: Remaja Transgender Berpatah Balik Ke Jantina Asal – Profesor Madya Rafidah Hanim

BACA: Sekularisme Tidak Bermaksud Wajar Merendahkan Tuhan-Tuhan Hindu – Geert Wilders

Afreen Fatima seorang gadis muda yang terkenal dengan kelantangan dan keberanian beliau memperjuangkan nasib saudara seagama, memperjuangkan India yang progressif dan selalu terlibat dengan kerja-kerja kebajikan. Rumah keluarganya diruntuhkan dengan menggunakan jentolak dan selepas itu ahli keluarganya yang sedang sakit ditahan secara tidak sah, menjadikan sentimen bantahan terhadap kekejaman ini memuncak.

Afreen Fatima, merupakan anak kepada Ketua Parti Kebajikan (Welfare Party India), Javed Mohammad. Kediaman mereka diruntuhkan pada 12 Jun 2022.

Seorang penyokong di Twitter menciap : “Allah berikan darjat dan kekuatan. Jentolak kamu tidak menakutkan kami. Peluru kamu tidak melemahkan kami! Kami diperkukuhkan dengan kepelbagaian. Kami akan bangkit bersama dengan Kuasa Dia dan Rahmat-Nya.
#StandWithAfreenFatima”

Seorang pengguna Twitter dengan nama Saket Gokhale menciap “Peruntuhan rumah @AfreenFatima136 semalam dibuat dengan notis pemusnahan palsu dengan tarikh dikebelakangkan adalah satu tindakan haram oleh pentadbir UP. Telah minta DM Prayagraj untuk tunjukkan semua dokumen-dokumen berkaitan. Jika tidak dihukum di mahkamah, perkara ini tidak akan berhenti. #StandWithAfreenFatima”

Satu bantahan aman akan digerakkan hari ini di India memprotes kekejaman yang dilakukan rejim pelampau India ke atas umat Islam dan apa yang berlaku kepada keluarga gadis aktivis Muslim Afreen Fatima.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: