Antarabangsa

Israel Tembak Mati Kanak-Kanak Palestin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERUSALEM, 09 Mac 2022 – Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan Yamen Jaffal, 16 tahun maut akibat ditembak mati oleh tentera Israel di bandar Abu Dis, tenggara bandar Baitulmuqaddis pada 7 Mac 2022.

Menurut Official Palestinian News Agency (WAFA), Yamen Jaffal telah dibunuh oleh rejim zionis dengan sangat kejam tanpa belas kasihan. WAFA turut memaklumkan bahawa pegawai perubatan Palestin yang ingin membantu mangsa telah dihalang oleh tentera Israel.

Pertempuran yang tercetus di antara penduduk Palestin dan tentera Israel itu bermula apabila gas pemedih mata dan peluru getah dilepaskan.

Tindakan rejim zionis itu mengakibatkan ramai rakyat Palestin mengalami masalah sesak nafas.

Pada sambutan Israk Mikraj baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun longlai selepas terkena bom pegun yang ditembak oleh askar Israel tepat ke mukanya.

Kejadian itu berlaku sewaktu rakyat Palestin beramai-ramai sedang mengunjungi kawasan Masjid al-Aqsa.

Dalam kejadian sama, seorang remaja perempuan telah diheret dan dipukul tanpa belas kasihan, selain ditampar oleh tentera Israel sewaktu dia cuba mempertahankan diri dari dibelasah mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: