Antarabangsa

Keluarga Shireen Abu Akleh Tolak Permohonan Maaf Rejim Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 19 Mei 2023 – Keluarga wartawan yang telah dibunuh oleh tentera rejim haram aparteid Israel, Shireen Abu Akleh telah menolak permohonan maaf rejim itu yang dibuat tanpa sebarang pertanggungjawaban ataupun pengakuan terhadap pembunuhan tersebut.

Kenyataan penolakan tersebut telah dibuat oleh anak saudara Shireen, Lina Abu Akleh pada Khamis lalu di luar United States Capitol di Washington.

BACA JUGA: Kerajaan Yang Majoriti Islam Tapi Tidak Boleh Pertahankan Islam – Syed Hassan Syed Ali

BACA JUGA: Perubahan Iklim: Malaysia Perlu ‘Berdikari’ Hasilkan Makanan Sendiri

BACA JUGA: Umat Islam Tidak Pernah Rela Nama Tuhan Mereka Disebut Dengan Cara Yang Salah Pandangannya – Dr Izham Nayan PPIM

Lina juga pada kenyataan yang sama turut memberitahu bahawa kenyataan yang dibuat oleh pihak rejim haram aparteid Israel itu sebenarnya bukanlah sebuah permohonan maaf. Menurutnya,

“Untuk penjelasan, tentera Israel sama sekali tidak membuat pengakuan ataupun permohonan maaf atas pembunuhan Shireen. Pada kami, kami tidak menganggap bahawa ianya adalah permohonan maaf.”

Beliau juga menyatakan bahawa tindakan rejim haram aparteid Israel tersebut adalah sebuah penghinaan terhadap legasi Shireen dan juga keluarga mereka. Ujarnya lagi,

“Ianya secara jujur adalah tamparan terhadap legasi Shireen dan keluarga kami. Sebuah kata-kata mohon maaf yang bukan bermaksud sedemikian, yang juga bukan sebuah pertanggungjawaban”.

Pada 11 Mei lalu, seorang jurucakap Israel telah ditanya oleh CNN sama ada pihak tentera telah bersedia untuk meminta maaf. Daniel Hagari, jurucakap bagi tentera Israel telah menyatakan bahawa mereka meminta maaf atas kematian Shireen Abu Akleh.

Pada Khamis lalu, Lina dan ahli keluarga Shireen yang lain telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mahukan pertanggungjawaban, yang mana ianya memerlukan kepada tindakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: