Antarabangsa

Pelampau Hindu Ceroboh Masjid Dan Belasah Imam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BIHAR, 15 Julai 2022 – Sekumpulan pelampau Hindu menceroboh masuk ke sebuah masjid di bandar Darbhanga, Bihar, India dan membelasah seorang imam tua yang baru sahaja selesai menunaikan solat di masjid tersebut.

Tular sebuah rakaman, seorang imam yang kelihatan sudah berusia dan sedih serta sebak menceritakan kejadian beliau yang baru sahaja selesai mengerjakan solat telah ditarik keluar dari masjid dan dipukul dengan kayu.

Imam tersebut memaklumkan bahawa beliau masuk ke masjid dan mengambil wudhu serta menunaikan solat dalam masjid tersebut seperti biasa.

Selesai beliau mengerjakan solat, datang sekumpulan orang bukan Islam dari komuniti tukang emas lalu mengheretnya keluar dari masjid.

Komuniti tukang emas tersebut kemudiannya tanpa berkata apa-apa terus memukul imam itu dengan kayu dan mengusir beliau dari masjid dan kawasan tersebut.

Sebelum ini, Samudera.my melaporkan mengenai kematian seorang imam masjid di bandar Siwan, India yang maut disembelih ketika tidur.

Imam tersebut, Muhammad Safi maut dibunuh pagi Subuh pada hari Jumaat, 10 Jun lalu apabila beberapa pelampau Hindu menyerang dan menyembelihnya dengan pisau sewaktu beliau sedang tidur di Masjid Khalispur, bandar Siwan.

Imam tersebut ditemui mati berlumuran darah ketika orang ramai datang ke masjid untuk kerja pembersihan.

Berikutan kejadian itu, laman sosial Twitter dibanjiri hashtag #JusticeForSiwanMaulvi, #HindusTerrorism dan #India di mana mereka menuntut satu penyiasatan adil terhadap pembunuhan imam tersebut yang sehingga kini pelakunya masih belum ditangkap.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: