Antarabangsa

Rejim Israel Bunuh Pemimpin Tertinggi Hamas Di Lubnan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIRUT, 03 Januari 2024 – Rejim haram Israel telah membunuh Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Saleh Al-Arouri dalam serangan dron di ibu negara Lubnan, Beirut semalam.

Kenyataan Hamas melaporkan, serangan itu telah menyasarkan Al-Arouri yang merupakan komandan kedua Hamas selain turut mengorbankan nyawa enam orang pimpinan Briged Al-Qassam iaitu Samir Fandi dan Azzam Al-Aqraa serta kadernya Mahmoud Shaheen, Muhammad Bashasha, Muhammad Al-Rayes dan Ahmed Hammoud.

Gerakan pejuang itu menekankan, “Pembunuhan Syeikh (Al-Arouri) dan saudara-saudaranya sekali lagi membuktikan pertumpahan darah yang dilakukan rejim terhadap rakyat di Gaza, Tebing Barat, di luar negara dan di mana-mana sahaja.”

Mereka turut mengesahkan bahawa pembunuhan ini adalah tindakan pengganas sepenuhnya, pencabulan kedaulatan Lubnan, dan perluasan lingkaran pencerobohan terhadap rakyat dan negara Palestin.

Tegas Hamas lagi, “Gerakan yang pemimpin dan pengasasnya syahid demi maruah rakyat dan negara tidak akan pernah dikalahkan, bahkan ia menjadikannya lebih kuat dan kukuh.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: