Tempatan

Pahang Perketat Urusan Tanah Rizab Melayu – MB Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 04 Disember 2023 – Kerajaan Pahang telah memperketat urusan berkenaan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang melibatkan proses pajakan, gadaian, pindah milik dan pelupusan.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara ini dilaksanakan bagi menjaga kepentingan serta memastikan pegangan tanah rizab terus terpelihara.

Ujar beliau, semua permohonan melalui Jadual Kedua (bagi tujuan pajakan) dan Jadual Ketiga Enakmen Rizab Melayu (bagi tujuan pemilikan) Tanah Rizab Melayu perlu diangkat dengan pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Terkini, jumlah keluasan TRM yang telah diwartakan di seluruh Pahang adalah 397,619.05 hektar.

Justeru, katanya kepada laporan tempatan, “Bagi memastikan keluasan kawasan tersebut dikekalkan, sebarang pembatalan ke atas rizab Melayu perlulah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan penggantian kawasan baru akan dilaksanakan serentak.”

Pada masa sama, Kerajaan turut mewartakan semua Projek Skim Tanah Rakyat sebagai kawasan Rizab Melayu supaya keluasan TRM bertambah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: