Antarabangsa

Portal NY Times Dikecam Cuba Sorokkan Pembunuhan Kejam Pengganas Zionis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 Mei 2022 – Portal berita The New York Times baru-baru ini dikecam pengguna gara-gara sebuah ciapan yang disifatkan sebagai sebuah cubaan untuk menyembunyikan kekejaman rejim Zionis yang membunuh wartawan al-Jazeera baru-baru ini.

Ciapan New York Times tersebut adalah berkenaan kematian Shireen Abu Akleh, wartawan al-Jazeera yang maut ditembak di kepala oleh kumpulan pendatang Israel.

Namun, apa yang menimbulkan kemarahan pengguna internet adalah apabila New York Times menyatakan bahawa situasi yang menyebabkan kematian adalah tidak diketahui, walhal al-Jazeera telah menjelaskan bahawa kematian tersebut diakibatkan oleh pendatang Israel.

“Situasi yang mendorong kepada tembakan (membunuh) tersebut adalah tidak (diketahui) dengan jelas,” ujar New York Times melalui ciapan mereka.

Seorang pengguna memerli sikap talam dua muka yang ditunjukkan New York Times, di mana Marcia L. Dyson, seorang penulis, menyatakan:

“@nytimes biar saya buatkan siasatan untuk anda. Dia dibunuh oleh tentera Israel ketika dia sedang membuat liputan. Ia sesuatu yang memalukan syarikat penerbitan elit seperti anda tidak dapat menyingkap kebenaran dengan pantas.”

“(Dia) dibunuh oleh tentera Israel. Seorang wartawan, yang jelas mempunyai label wartawan, dibunuh oleh penembak sniper Israel, yang terus-menerus menembak ke arah orang awam (sesetengah memakai jaket “Media”) yang cuba untuk alihkan mayatnya dari tempat kejadian,” ujar seorang pengguna media sosial lain.

Susulan menerima kecaman bertalu-talu, New York Times kemudiannya mengeluarkan sebuah ciapan ‘pembetulan’ yang mengakui bahawa Shireen dibunuh oleh pendatang Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: