AS Puji Oman Buka Ruang Udara Untuk Negara Haram Aparteid Israel
AMERIKA SYARIKAT, 25 Februari 2023 – Amerika Syarikat (AS) telah memberi pujian terhadap keputusan yang telah dibuat Oman bagi membuka ruang udara negaranya untuk semua pesawat awam termasuklah pesawat yang terbang dari Israel dan juga pesawat yang terbang ke Israel.
Oman telah mengumumkan keputusan yang dibuat berkenaan pembukaan ruang udaranya itu bagi tujuan untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak perkuasa penerbangan awam.
BACA JUGA: MUIP Tubuh Perbadanan Wakaf Pahang
Tindakan yang diambil Oman itu telah mendapat pujian daripada White House pada Khamis lalu, di mana AS mengatakan bahawa langkah tersebut adalah merupakan sebuah “langkah bersejarah” yang telah menyempurnakan proses yang telah bermula tahun lalu.
BACA JUGA: AUKU Kekal- Menteri KPT
Pada tahun lalu, Presiden AS Joe Biden telah membuat lawatan ke Timur Tengah apabila Arab Saudi mula membuka laluan udaranya untuk semua pesawat awam.
BACA JUGA: Minyak Sawit: Tingkatkan Usaha Kekang Kempen Negatif Media Barat
Jurucakap bagi Persidangan Keselamatan Kebangsaan AS, Adrienne Watson telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Oman itu telah mempromosikan visi Joe Biden untuk melihat Timur Tengah menjadi sebuah wilayah yang lebih bersepadu, stabil dan Makmur.
Menurutnya lagi, visi Biden itu adalah sangat penting untuk keselamatan dan kemakmuran warga AS dan juga sekutu-sekutunya. Tambah beliau lagi,
“Buat kali pertama dalam sejarah, penumpang yang terbang dari Israel dan ke Israel kini dapat melalui laluan terus di antara Israel, Asia dan tempat-tempat di antara keduanya”.