Antarabangsa

UAE Tarik Diri Menyertai Hari Kemerdekaan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 21 April 2022 – Dua syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membatalkan penyertaan pertunjukan penerbangan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Israel kerana pencerobohan yang berlaku di Baitulmaqdis baru-baru ini.

UAE dilaporkan memaklumkan kepada Duta Israel, Amir Hayek mengenai keputusan itu semasa menegur Israel atas keganasan di tapak suci itu. Teguran itu adalah teguran pertama sejak kedua-dua negara menormalkan hubungan sejak setahun setengah yang lalu.

Menteri UAE Reem binti Ibrahim Al Hashemy berkata, UAE membantah dan mengecam sekuatnya tindakan Israel di Baitulmaqdis.

UAE juga menyertai Bahrain dan Maghribi minggu lalu dalam mengecam Israel atas keganasan Jumaat lalu di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

“UAE mengutuk sekeras-kerasnya hari ini tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa, yang mengakibatkan kecederaan beberapa orang awam. Pihak berkuasa Israel harus menghormati hak rakyat Palestin untuk mengamalkan upacara keagamaan mereka dan menghentikan sebarang amalan yang melanggar kesucian Masjid Al-Aqsa” kata Kementerian Luar negara Teluk itu.

Dalam pada itu, Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan Israel dalam satu kenyataan berkata pihaknya tetap akan melangsungkan acara pertunjukan penerbangan seperti yang dirancang.

Pertunjukan penerbangan itu pada asalnya dijadualkan akan berlepas pada 5 Mei jam 12:45 tengah hari dari Acre, di utara Israel ke Ashdod, di selatan Israel menandakan Hari Kemerdekaan ke-74 negara tersebut dengan disertai dua syarikat UAE iaitu Etihad Airways dan Wizz Air Abu Dhabi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: