Antarabangsa

Zionis Israel Bakal Jadikan Bab Al-Rahmah Ruang Solat Yahudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 27 April 2023 – Zionis rejim haram aparteid Israel merancang untuk menjadikan Bab Al-Rahmah sebagai ruang solat bagi penganut agama Yahudi, lapor portal Timur Tengah baru-baru ini.

Jawatankuasa Islam-Kristian Baitul Maqdis memberi amaran mengenai rancangan itu sedangkan Bab Al-Rahmah merupakan sebahagian daripada Kompleks Masjidil Aqsa dan sering menjadi tempat serangan terhadap umat Islam pada bulan Ramadan.

BACA JUGA: Operasi Pembenihan Awan Dijangka Bermula Akhir Bulan Ini

BACA JUGA: Dua Jenama Mi Segera Diarah Tarik Balik, Mengandungi Bahan Berbahaya

BACA JUGA: Al-Quran Ditemui Dalam Dasar Laut, Masih Boleh Dibaca

Menerusi satu kenyataan, jawatankuasa itu menyeru semua rakyat Palestin menghalang percubaan Israel untuk menutup Masjid Bab Al-Rahmah yang dipercayai sebagai satu tindakan bagi memisahkan kawasan itu dari seluruh kawasan Al-Aqsa dan mengubahnya menjadi sinagog Yahudi.

Tegas mereka, “Sebarang percubaan untuk mengubah status quo akan membawa akibat berbahaya yang akan dipersalahkan kepada pendudukan Israel.”

Terdahulu, tentera pendudukan Israel telah menyerbu Masjidil Aqsa dan memotong kabel pembesar suara untuk menghalang azan solat Isyak berkumandang dengan alasan bahawa orang Yahudi sedang menyambut perayaan ‘Israel Memorial Day’ di Dataran Buraq.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: