Antarabangsa

Barat Bersama Bertanggungjawab Terhadap Jenayah Keganasan Rejim Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAN, 17 Mei 2023 – Presiden Iran, Ebrahim Raeisi telah melakukan tindakan mengutuk pihak Barat yang menyokong tindakan-tindakan jenayah yang dilakukan rejim aparteid Israel terhadap warga Palestin.

Kutukan tersebut telah dibuat oleh pemimpin Iran itu menerusi sebuah pesanan yang diterbitkan pada hari Selasa bersempena dengan ulangtahun peringatan peristiwa Nakba yang ke-75.

BACA JUGA: Kes Kalimah Allah: Kerajaan Patut Betulkan Kesilapan Dengan Menarik Balik Pembatalan – Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

BACA JUGA: 99 Kawasan Sekitar Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Isnin Ini

BACA JUGA: Isu Kalimah Allah: Arahan Politik Sampai Mengatasi Rukun Iman – Buzze Azam

Pesanan yang dikeluarkan oleh presiden negara tersebut menyatakan bahawa pihak Barat yang menyokong rejim haram tersebut terutamanya Amerika Syarikat (AS), adalah sebenarnya bersuhabat. Menurutnya,

“Adalah sangat jelas bahawa para penyokong Barat yang menyokong rejim tersebut, terutamanya AS, adalah bersubahat dalam melakukan jenayah.”

Menurutnya lagi, sejak daripada berlakunya peristiwa Nakba, rejim haram tersebut telah menyebabkan kemusnahan terhadap rumah-rumah kediaman, ladang-ladang serta perniagaan-perniagaan warga Palestin.

Katanya juga, sejak daripada pendudukan Israel secara haram di Palestin itu, rejim tersebut juga bertanggungjawab ke atas perlanggaran prinsip-prinsip fundamental dalam undang-undang antarabangsa.

Dalam mesej yang sama juga pemimpin Iran itu menyatakan bahawa Iran mengutuk sekeras-kerasnya jenayah yang dilakukan oleh rejim aparteid itu serta menekankan tentang “proposal democratic” yang dicadangkan oleh Iran sebagai sebuah resolusi politik berkenaan hal pendudukan haram Israel di Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: