Antarabangsa

Israel Rayu Pertolongan Untuk Padamkan Kebakaran Hutan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TEL AVIV, 18 Ogos 2021 – Menteri Luar Israel, Yair Lapid merayu bantuan daripada masyarakat dunia untuk membantu Israel yang kini sedang sengsara dengan kebakaran hutan luar kawalan di bahagian barat Baitulmaqdis.

Pasukan bomba Israel masih gagal mengawal kebakaran itu walaupun telah bergelut selama beberapa hari sehingga terpaksa mengarahkan para penduduk di lima buah penempatan untuk berpindah.

Kebakaran di hutan itu semakin marak menyebabkan kota suci itu membahang kepanasan dan suasana gelap diseluputi asap tebal.

Keadaan yang tidak selamat itu memaksa pihak berkuasa Israel untuk memindahkan kesemua pesakit dan kakitangan dari sebuah hospital ke tempat yang selamat.

Lebih 100 orang anggota bomba Israel dikerahkan untuk memadam kebakaran di kawasan seluas 2,400 hektar itu dengan sokongan dua pesawat pengangkut air dan bahan pencegah kebakaran.

Greece dan Cyprus telah menyatakan kesediaan mereka untuk menghantar pesawat pemadam kebakaran mereka ke Israel.

Israel juga sedang menghubungi negara-negara lain termasuklah Itali dan Perancis untuk mendapatkan bantuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: