Antarabangsa

Israel Pertimbang Banjiri Terowong Gaza Dengan Air Laut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 5 Disember 2023 – Wall Street Journal telah melaporkan bahawa Israel telah bertindak menghimpunkan sebuah sistem pam yang berskala besar yang berkemungkinan digunakan untuk membanjiri terowong-terowong yang digunakan Hamas di bawah Semenanjung Gaza.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada Isnin lalu, tindakan tersebut adalah bertujuan untuk menghapuskan para pejuang pembebasan Palestin itu.

Laporan yang memetik sumber daripada para pegawai Amerika Syarikat (AS) itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada Israel akan menggunakan pam tersebut sebelum kesemua tawanan dibebaskan.

Hamas sebelum ini telah menyatakan bahawa pihak mereka telah menempatkan para tawanan di “tempat-tempat selamat dan di dalam terowong-terowong”.

Seorang pegawai AS telah menyatakan bahawa memang terdapat kemungkinan untuk Israel menjadikan terowong-terowong tersebut tidak berfungsi dan mereka memang sedang memikirkan cara untuk melakukan perbuatan sedemikian.

Sewaktu ditanyakan mengenai hal tersebut, para pegawai ketenteraan Israel menolak untuk memberi ulasan dan hanya menyatakan,

“Pihak ketenteraan Israel kini sedang beroperasi untuk menjejaskan kemampuan Hamas dengan pelbagai cara, dengan menggunakan alatan-alatan ketenteraan dan teknologi yang berbeza”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: