Antarabangsa

Lapangan Terbang Aleppo, Pintu Masuk Bantuan Kemanusiaan Gempa, Diserang Rejim Zionis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 07 Mac 2023 – Pesawat rejim haram aparteid Israel telah melancarkan sebuah serangan baharu terhadap Syria di mana kali ini mereka menjadikan lapangan terbang antarabangsa di sekitar barat laut Aleppo sebagai sasaran.

Menurut media Syria yang mengambil maklumat tersebut daripada sumber tentera negara tersebut, serangan udara rejim haram aparteid Israel itu telah dilancarkan pada awal Selasa daripada arah Laut Mediterranean, arah barat laut dari bandar Latakia.

Sumber yang sama turut menyatakan bahawa serangan tersebut hanya berjaya menyebabkan kerosakan pada landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo yang mana ianya telah menyebabkan ianya terpaksa ditutup.

BACA JUGA: Selepas Menu Rahmah, Kerajaan Bakal Pertimbang Pasar Raya Rahmah

BACA JUGA: Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir – PM

BACA JUGA: Kaji Semula Cuti Sakit: Kita Manusia, Bukan Mesin – J Solomon

Menurut media Syria juga, pertahanan udara negara tersebut telah berjaya memintas peluru berpandu Zionis yang datang dari arah Mediterranean dan telah berjaya menembak jatuh beberapa unit peluru berpandu tersebut.

Serangan terbaharu rejim haram aparteid Israel itu berlaku setelah lapangan terbang tersebut menjadi salah satu jalan masuk utama bagi pesawat asing yang membawa bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi.

Sebelum ini, rejim haram itu juga telah melancarkan serangan pada Februari lalu di mana pesawat rejim haram aparteid Israel telah menyerang ibu negara Syria dan beberapa kawasan berdekatan terutamanya bangunan-bangunan kediaman di kejiranan Kafr Sousa di pusat Damsyik.

Selain itu dalam serangan yang sama juga kawasan Tal al-Masih yang berdekatan dengan Shahba di barat laut Syria juga merupakan sasaran lain bagi serangan kejam Zionis itu.

Dalam siri serangan tersebut, Kementerian Kesihatan Syria telah mengesahkan bahawa terdapat lima orang yang telah terbunuh termasuklah seorang tentera. Manakala sekitar lima belas daripada mangsa telah tercedera dan sebahagian lagi cedera parah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: