Antarabangsa

Serangan Israel-Gaza Bukti Kecacatan Mental Zionis Dan Sekutu – Erdogan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 26 Oktober 2023 – Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza menunjukkan jenayah dan kecacatan mental di kalangan zionis dan penyokongnya, tegas Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Beliau berkata sedemikian susulan pengeboman berterusan rejim haram ke atas rakyat Palestin di Gaza yang mengorbankan banyak nyawa terutamanya di kalangan kanak-kanak dan wanita.

Ujar beliau, “Sudah tiba masanya untuk kita bercakap secara jelas dengan mereka yang membunuh wanita dan kanak-kanak.”

Beliau juga berpendapat, pendudukan tidak boleh meneruskan pencerobohannya walaupun mendapat sokongan Amerika Syarikat dan negara-negara Barat.

Lanjutan itu, Erdogan turut menekankan bahawa Hamas bukanlah organisasi pengganas, sebaliknya merupakan gerakan pembebasan yang ingin menyelamatkan tanah dan rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: