NGO

MAPIM Gesa Bela Nasib Pekerja Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
( Malaysia Consultative Council of Islamic Organizations )
Pejabat / Office Presiden
Tingkat 3 , Space U8 , Bukit Jelutong , Shah Alam Selangor
Mobile +60194744856
Email: [email protected]
………………………………………..

Kenyataan media
30 hb Oktober 2022

MAPIM SERU KESATUAN SEKERJA MALAYSIA BELA NASIB PEKERJA PALESTIN DI ISRAEL

MAPIM menyeru Kesatuan Sekerja di Malaysia menyuarakan pembelaan terhadap nasib pekerja Palestin yang ditindas di Israel.

Sejak penjajahan Israel 1967 ke atas Tebing Barat dan Gaza Palestin, Israel telah mewujudkan situasi di mana warga Palestin berada dalam keadaan ekonomi tertekan dan mereka bergantung kepada Israel.

Penjajahan Israel ke atas Palestin itu telah diguna oleh Israel untuk menjadikan pasaran buruh Palestin diekploitasi dipelbagai sektor ekonomi di Israel.

Israel mendapat dua sumber pekerja Palestin. Pertama warga Palestin yang berada di dalam Israel sebagai rakyat dan kedua ialah pekerja Palestin dari kawasan yang ditakluki oleh Israel dari pendudukan haram (illegal settlement) di Tebing Barat dan dari Gaza.

Kedua-dua sumber pekerja itu telah dieksploitasi oleh majikan-majikan di Israel .

Pekerja Palestin yang tidak ada pilihan terpaksa bekerja dalam keadaan mereka ditindas dan hak pekerja dinafi sama sekali.

Terutama pekerja Palestin yang bekerja membangunkan rumah dan prasarana pendudukan haram oleh fanatik Yahudi di atas tanah Palestin yang dirampas itu sendiri. Pekerja Palestin telah dieskploitasi sepenuhnya oleh majikan Israel.

Ekonomi kebergantungan Palestin yang sangaja dibangunkan oleh Israel ke atas kawasan Palestin yang ditakluki, menyebabkan pekerja Palestin menjadi mangsa kepada Israel yang melanggar seluruh undang-undang pekerja antarabangsa, konvensyen ke-4 Geneva dan Hak Asasi Manusia.

Pekerja Palestin yang sukar mendapat permit kerja di Israel tidak dapat membawa kes penindasan di mahkamah Israel kerana dikhuatiri akan dibuang kerja.

Penaklukan oleh Israel telah mewujudkan situasi ekonomi bergantung Palestin kepada Israel. Ini bertentangan dengan Artikel 49 selaras dengan Artikel 51 dan 52 dalam Konvensyen ke-4 Geneva 1949 dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa.

Akibatnya, pekerja Palestin adalah rentan kepada polisi haram oleh Israel. Pekerja Palestin terpaksa menerima apa sahaja kondisi kerja dan di mana sahaja tempat kerja di Israel demi survival hidup mereka.

Israel tidak terikat kepada apa -apa syarat mengenai hak ekonomi, sosial, dan budaya (ESCR) atau apa sahaja standard hak asasi manusia. Israel juga tidak terikat kepada undang-undang melindungi pekerja Palestin dari diskriminasi ras berdasarkan Convention on the Elimination of all Forms of Racial Discrimination (CERD) di wilayah Palestin yang ditakluki oleh Israel.

Puluhan ribu pekerja Palestin di Israel kini mengalami penindasan yang sangat ekstrim oleh majikan Israel dan tiada mana-mana agensi dunia menyuarakan nasib mereka.

Dengan yang demikian MAPIM berpandangan Kesatuan Sekerja di Malaysia perlu bersuara supaya ILO mengambil inisiatif mengangkat isu pekerja Palestin di Israel.

Kami juga mengusulkan sebuah koalisasi pekerja Malaysia untuk Palestin dan Al Quds diwujudkan. Dengan platform ini pekerja di Malaysia boleh menyumbang untuk membantu pekerja Palestin sema ada dari sudut hak mahupun kebajikan dan nasib keluarga pekerja.

MAPIM telah mengambil inisiatif mewujudkan Jaringan Pekerja Malaysia Bersolidariti bersama Palestin dan Al Quds. Tujuannya ialah untuk mewujudkan sebuah saluran perhubungan pekerja Malaysia untuk menjalinkan hubungan dengan pekerja Palestin.

Sebuah persidangan akan diadakan di Istanbul pada 20-21 Disember 2022 mengenai pekerja Palestin. MAPIM mengharapkan wakil MTUC dapat hadir bersama.

President Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Mohd Azmi Abdul Hamid

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: