Konflik Israel-Palestin: Hamas Tuntut Bebaskan Tahanan Palestin
GAZA, 17 Oktober 2023 – Seorang pemimpin tertinggi Hamas pada Isnin mengatakan bahawa kumpulan pejuang itu “mempunyai apa yang diperlukan” untuk membebaskan semua rakyat Palestin di penjara Israel.
Memetik berita tempatan, sejurus pemimpin pejuang Hamas, Khaled Meshaal memberi kenyataan berhubung tawanan yang melibatkan warga Israel dan bukan warga Israel yang ditawan oleh kumpulan pejuang tersebut pada 7 Oktober lalu, kumpulan itu secara berasingan turut menyatakan bahawa mereka yang bukan warga Israel merupakan “tetamu” yang akan dibebaskan “apabila keadaan mengizinkan”.
Lapor berita tersebut, Israel yang telah membedil Gaza dengan serangan yang mengorbankan ratusan penduduk Palestin berkata akan membebaskan tawanan tersebut di samping akan turut menghapuskan pejuang Hamas.
Dalam pada itu, dalam sebuah mesej video, jurucakap Hamas, Abu Obeida menyatakan bahawa Hamas mempunyai “sekumpulan tahanan yang berlainan bangsa, ini adalah tetamu kami dan kami berusaha untuk melindungi mereka.”
Katanya lagi, “Kami akan membebaskan tahanan yang berlainan kewarganegaraan apabila keadaan di lapangan mengizinkan.”
Seorang lagi pegawai kanan Hamas, Moussa Abu Marzouk berkata, “tawanan asing tidak boleh dibebaskan kerana pengeboman berterusan Israel di Semenanjung Gaza.”