Antarabangsa

Israel Pertimbang Pindah Rakyat Gaza Ke Afrika

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 05 Januari 2024 – Para pegawai rejim Israel kini sedang dalam siri perbincangan rahsia bersama dengan Republik Demokratik Congo dan beberapa negara Afrika lain bagi perancangan pemindahan ribuan warga Gaza.

Perkara tersebut telah dilaporkan oleh media Times of Israel pada Rabu lalu yang mana menurut media tersebut, maklumat mengenai hal ini diperolehi daripada sumber dalaman kerajaan.

Media yang sama turut melaporkan bahawa rancangan-rancangan untuk pemindahan “sukarela” terhadap warga Palestin itu secara perlahan-lahan telah menjadi polisi utama bagi gabungan pemerintah yang diketuai oleh Netanyahu.

Dalam laporan yang sama turut disebutkan bahawa sumber dalaman tersebut turut menyatakan bahawa Congo akan bersetuju untuk menerima pelarian dan pihak rejim Israel juga sedang dalam perbincangan dengan pihak-pihak lain.

Isnin lalu, Netanyahu telah menyatakan bahawa beliau kini sedang menjalankan perancangan-perancangan mengenai pemindahan warga Gaza sewaktu dalam mesyuarat dengan parti Likud.

Ujar Netanyahu lagi, “Masalah kita sekarang adalah untuk mencari negara-negara yang ingin menerima warga Gaza.”

Pada Selasa lalu, Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menolak tindakan para pegawai Israel mengenai rancangan untuk pemindahan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: