Gerakan Pejuang Palestin Hamas Rekrut Ribuan Ahli Baru
GAZA, 23 Mei 2024 – Gerakan pejuang pembebasan Palestin, Hamas telah merekrut beribu-ribu ahli baharu sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ujar sumber Politico.
Menurut laporan media, majoriti pejuang yang menganggotai Hamas sebelum tragedi 7 Oktober masih hidup, di mana hanya sekitar 30 hingga 35 peratus mujahidin telah terbunuh selepas lebih tujuh bulan diserang.
Turut dilaporkan, kira-kira 65 peratus infrastruktur terowong Hamas kekal utuh sehingga kini.
Laporan itu dikeluarkan ketika Washington semakin bimbang akan matlamat zionis Israel untuk memusnahkan kumpulan Hamas.
Walaupun pentadbiran Amerika Syarikat telah memberikan sokongan penuh di sebalik usaha perang zionis, beberapa pegawai dalam pentadbiran mula mengkritik kerajaan haram Israel, khususnya strategi perang dan situasi bantuan keseluruhan untuk rakyat Palestin di Gaza.