Antarabangsa

Pegawai Biden Letak Jawatan, Kecam Sokongan AS Terhadap Tindakan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 04 Januari 2023 – Seorang lantikan politik kanan dalam pentadbiran Biden, Tariq Habash telah meletak jawatan dari jawatannya di Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) susulan sokongan berterusan kerajaan tersebut terhadap tindakan rejim haram aparteid Israel di Gaza.

Menurut beliau, tindakan rejim haram itu membawa kepada penghapusan etnik rakyat Palestin, memetik kepada laporan sebuah agensi berita Timur Tengah.

“Sebagai rakyat Palestin-Amerika, sebenarnya, satu-satunya lantikan politik Palestin-Amerika di Jabatan Pendidikan – saya membawa perspektif yang kritikal dan kurang diwakili ke dalam kerja berterusan mengenai kesaksamaan dan keadilan.”

“Tetapi sekarang, tindakan Pentadbiran Biden-Harris telah meletakkan jutaan nyawa yang tidak berdosa dalam bahaya, terutamanya bagi 2.3 juta penduduk Palestin di Gaza yang terus menerima serangan berterusan dan penghapusan etnik oleh Kerajaan Israel. Oleh itu, saya mesti meletakkan jawatan,” kata beliau dalam surat perletakan jawatannya yang dihantar kepada Setiausaha Pendidikan, Miguel Cardona.

Habash, seorang Kristian Palestin-Amerika yang keluarganya mengalami Nakba pada tahun 1948 berkata, dia telah mengalami “setiap hari dehumanisasi dan penghapusan identiti oleh rakan-rakan saya, oleh media, dan oleh kerajaan saya sendiri”.

Kata beliau, penerimaan pasif Pentadbiran Biden terhadap status quo ini sama sekali tidak selaras dengan nilai demokrasi dan kerajaan itu terus menyediakan pembiayaan ketenteraan tanpa syarat kepada kerajaan yang tidak berminat untuk melindungi nyawa yang tidak bersalah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: